Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-15T115632.473

The Last Of Us Online Tamat Untuk Selamanya

Diterbitkan Disember 15, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, salah satu syarikat penghasilan permainan pemain tunggal, Naughty Dog menegaskan bahawa mereka akan menamatkan usaha untuk merealisasikan The Last Of Us: Online di laman web rasmi mereka.

Hal ini diputuskan setelah pemerhatian pasukan pembangunan yang terlibat melakar dengan jelas perjalanan sebenar penghasilan permainan itu dan mendapati bahawa mereka memerlukan keseluruhan sumber studio Naughty Dog dari segi tenaga kerja, peralatan dan juga masa sepenuhnya untuk menyiapkannya.

Seiring dengan tarikh pelancaran The Last Of Us Part 2: Remastered, mereka juga tersekat dengan dua pilihan penentu iaitu menjadi studio permainan perkhidmatan secara langsung dengan The Last Of Us: Online ataupun kembali fokus dengan permainan naratif pemain tunggal yang menjadi simbol kepada nama Naughty Dog.

Oleh yang demikian, mereka bertekad untuk mengekalkan legasi asal mereka dengan pelancaran The Last Of Us Part 2: Remastered pada 19 Januari 2024 dan rancangan HBO The Last Of Us musim kedua pada 2025.

Berkaitan

  • Cara Tetapkan "One-Time Passwords" Untuk Hotspot One UI 6
  • GTA Trilogy Sudah Tersedia Di Netflix, Muat Turun Sekarang
  • Ujian Berjaya, Najis Lembu Bakal Jadi Bahan Api Roket Menjelang 2025
  • Dengan Bajet Bawah RM500, Ini Fon ‘Gaming’ Permulaan Mampu Milik

Sumber: Naughty Dog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY