Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz

Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz

Diterbitkan Mei 7, 2021 oleh Wiser MY

Selepas pelancaran komputer riba Xiaoxin pada bulan lepas, Lenovo difahamkan akan mengeluarkan tablet android baharu.

Menerusi kiriman Weibo Lenovo Xiaoxin semalam, gambar acah tablet baru Lenovo Xiaoxin Pad Pro 2021 yang bakal dilancarkan diperkongsi.

lenovo xiaoxin
tangkap layar dari Weibo

Menurut kiriman tersebut, Xiaoxin Pad Pro 2021 akan di kuasa cip Snapdragon 870 dengan paparan OLED resolusi 2.5K dan kadar segar 90Hz.

Disamping itu, tablet baru ini akan menggunakan sistem operasi ZUI 12.5 Android 11 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga menyokong ciri berbilang skrin (multi-skrin) Lenovo One.

Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz
gambar dari Weibo

Rekaan luaran menggunakan bingkai besi dengan pembesar suara kuad, port USB-C, dan slot untuk kad SIM atau microSD.

Selain itu, menurut gambar yang dikongsi ia menunjukkan tablet ini mempunyai paparan bezel nipis di setiap sisi tablet.

Ia turut mendapat kelulusan perlindungan penjagaan mata TÜV Rheinland dan paparan Dolby Vision.

Sumber: gizmochina

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY