Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-21T141850.086

Lenovo Bakal Dedahkan 2 Produk Dengan Skrin Adaptif Di MWC 2024

Diterbitkan Februari 21, 2024 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan anda, Lenovo telah memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka berupa komputer riba dengan ciri kecerdasan buatan (AI) dalam acara CES 2024 yang telah pun berlangsung pada awal tahun ini.

Antara produk yang terlibat dalam pembaharuan ini adalah siri komputer riba terbaru Lenovo Legion, Lenovo Yoga Book 9i serta beberapa produk lain seperti ThinkBook, ThinkPad dan ThinkCentre.

Sehubungan dengan itu, Lenovo kini bakal memperkukuhkan kenyataan mereka tentang penglibatan mereka dalam teknologi kecerdasan buatan itu dengan visi terbaru mereka, iaitu “AI for All” yang akan dihuraikan secara terperinci dalam acara MWC (Mobile World Congress) 2024 tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh pihak Lenovo sendiri, teknologi AI PC ini mampu untuk melaksanakan tugasan yang melibatkan penyelesaian masalah, pembelajaran dan lain-lain.

Kemampuannya itu adalah berasaskan LLM (Large Language Model) iaitu algoritma kecerdasan buatan yang boleh mengenalpasti serta menjana teks.

Oleh yang demikian, Lenovo juga bakal memperkenalkan dua produk terbaru yang berkonsepkan paparan adaptif Motorola dengan skrin FHD+ pOLED pertama di dunia.

Beli produk Lenovo di:-

Shopee – https://invl.io/clkcf1m

Lazada – https://invol.co/clkcf1q

Berkaitan

  • Hantar iPhone Palsu Ditukar Kepada Tulen, 2 Rakyat China Dipenjara Lebih 20 Tahun
  • Proton Akan Perkenal EV Pertama Tak Lama Lagi
  • Jadikan Xiaomi 14 Ultra Perintis Kemajuan Pengimejan Mudah Alih, Xiaomi Dan Leica Lancar Institut Optik
  • Acer Malaysia Lancar Siri Predator Dan Nitro Baharu, Grafik Dikuasakan NVIDIA GeForce RTX 40

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY