Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Malaysia Lancar Siri Predator Dan Nitro Baharu, Grafik Dikuasakan NVIDIA GeForce RTX 40

Acer Malaysia Lancar Siri Predator Dan Nitro Baharu, Grafik Dikuasakan NVIDIA GeForce RTX 40

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini mengumumkan barisan komputer riba Predator Helios dan Helios Neo di samping komputer meja Nitro 50 yang dikuasakan cip pemproses Intel Core terbaru dan siri GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 40.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 12.52.00

Untuk siri komputer riba Predator Helios 18 dan Helios Neo 16, ia dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i9 generasi ke-14 yang dipasangkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan kuasa maksimum keseluruhan hingga 330W (CPU + GPU).

Predator Helios 18_Helios 16_4
Predator Helios 18.

Predator Helios 18 dan Helios Neo 16 kini datang dengan paparan WQXGA (16:10) 18-inci dan 16-inci.

Spesifikasi tertinggi setiap model dilengkapi dengan panel mini LED yang menyokong kadar segar semula sehingga 250Hz dan menyokong keterangan sehingga 1000nits.

Predator Helios Neo 16_1
Predator Helios Neo 16.

Untuk komputer meja permainan Nitro 50 pula, ia dikemaskinikan dengan cip pemproses Intel Core i5-14400F generasi ke-14 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Lengkap dengan RAM DDR5 8GB dan SSD PCIe M.2 2280 512GB, Nitro 50 ini juga datang dengan slot tambahan untuk kemudahan naik taraf di masa hadapan.

Acer Nitro 50_3
Acer Nitro baharu dijual dengan harga bermula dari RM4,399.

Komputer riba Predator Helios 18 dan Helios Neo 16 sudah pun tersedia dengan segera dari Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 11.56.29
WhatsApp Image 2024-02-21 at 11.55.15
Acer Malaysia Lancar Siri Predator Dan Nitro Baharu, Grafik Dikuasakan NVIDIA GeForce RTX 40
PR Banner_Helios 16 & 18

Acer juga memaklumkan mereka sedang menawarkan potongan harga sehingga RM1,000 di Acer eStore, kedai rasmi di dalam Shopee dan Lazada dan kedai konsep Acer sehingga tarikh 7 Mac 2024.

Beli barisan produk Acer terbaru dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clkrcjc

Lazada: https://invol.co/clkrcjr

Berkaitan

  • vivo Y100 5G Akan Rasmi 28 Februari Tapi Ini Spesifikasinya
  • Shopee Umum Kenaikan Kadar SST Kepada 8% Bermula Mac
  • Kad GX Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna GXBank

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY