Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lemeng Mobile – Giliran Lenovo Pula Memperkenalkan Sub-Jenama Mereka Sendiri

Lemeng Mobile – Giliran Lenovo Pula Memperkenalkan Sub-Jenama Mereka Sendiri

Diterbitkan Februari 15, 2019 · Dikemas kini Februari 15, 2019 oleh Haikel Areff

Syarikat Vivo baharu sahaja memperkenalkan IQOO sebagai sub-jenama baru mereka beberapa hari yang lepas.

Ia mengikuti langkah sahabat-sahabatnya dari China seperti Huawei(sub-jenama: HONOR), Xiaomi(Poco, Redmi, BlackShark) dan Oppo(Realme).

Tidak cukup dengan itu, Lenovo juga dijangka akan turut serta dalam senarai berkenaan. Ini kerana mereka bakal memperkenalkan Lemeng Mobile sebagai sub-jenama mereka tidak lama lagi.

Lemeng Mobile – Giliran Lenovo Pula Memperkenalkan Sub-Jenama Mereka Sendiri
GizmoChina

Ia menjadi tular berikutan sebuah akaun Weibo “Lemeng Mobile” telah dikesan dan akaun tersebut berkongsi dengan akaun Weibo milik Lenovo Mobile.

Akaun itu juga mengesahkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada Beijing Lenovo Group, sekaligus menjadikannya sub-jenama kepada Lenovo.

Lemeng Mobile sebenarnya bukanlah jenama baru. Mereka adalah pengeluar telefon pintar yang menfokuskan muzik, namun terpaksa ditutup beberapa tahun yang lalu.

Mereka juga dijadualkan akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Lenovo di Beijing pada hari ini untuk membincangkan mengenai hala tuju syarikat berkenaan.

 

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY