Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO Perli Syarikat Pengeluar Peranti Dengan Produk Boleh Lipat Mereka

LEGO Perli Syarikat Pengeluar Peranti Dengan Produk Boleh Lipat Mereka

Diterbitkan Mac 5, 2019 · Dikemas kini Mac 5, 2019 oleh Haikel Areff

Semasa acara MWC 2019 yang lalu, beberapa syarikat pengeluar telah memperkenalkan peranti boleh lipat mereka sendiri. Antaranya ialah Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X.

Ramai yang meramalkan bahawa akan berlaku perang perli-memerli sesama pengeluar bagi membuktikan peranti merekalah yang terbaik.

Namun siapa sangka, syarikat pengeluar bongkah permainan, LEGO turut ikut serta apabila “mengusik” pengeluar peranti melalui kiriman di Twitter mereka baru-baru ini.

A stunning 5-inch cover display unfolds into an 11-inch pop-up story book. For endless creative play that never runs out of battery. pic.twitter.com/yodboV2aEK

— LEGO (@LEGO_Group) March 4, 2019

Pada kiriman itu, mereka mempromosikan produk boleh lipat mereka sendiri, LEGO Fold dengan memberitahu bahawa ia tidak akan kehabisan bateri.

Namun, ia cumalah sebuah model yang dipanggil Pop-Up Book yang merupakan buku cerita kreatif, seperti yang didakwa oleh LEGO.

Berbeza dengan telefon pintar boleh lipat yang memerlukan belanja besar untuk dimiliki, LEGO Fold ini dijual pada harga $110(~RM448) sahaja.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY