Firma-firma itu melibatkan lebih daripada 400 jenama popular.
Boikot terhadap servis FB Ads milik Facebook kini semakin meluas apabila setakat awal Julai ini, sudah lebih daripada 240 syarikat yang melibatkan 400 jenama sudah pun melancarkan boikot terhadap servis tersebut.
Boikot tersebut yang mula dilancarkan sejak bulan Jun lalu oleh aktivis menerusi kempen #StopHateForProfit itu adalah solidariti rakyat Amerika terhadap nilai kebebasan, kesaksamaan dan keadilan.
Facebook yang berdepan dengan kecaman selepas didakwa tidak menyekat penyebaran keganasan, ucapan hasutan dan maklumat palsu khususnya yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik kini berdepan boikot daripada pelbagai firma-firma gergasi termasuklah Adidas, Ben & Jerry's, Coca-Cola, Dashlane, Honda, Levi's, Mozilla, Patreon, REI, Target, The North Face dan Verizon.
Susulan daripada boikot yang dihadapi mereka itu, Mark Zuckerberg CEO Facebook merancang untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat dan membuang hantaran agresif dari ahli politik.
Sumber: PCMag
Berkaitan
- Facebook Membangunkan 2 Kabel Dasar Laut Baru Menghubungkan Singapura, Indonesia Dan Amerika Utara
- Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail
- Mark Zuckerberg Perkenalkan FB5, Versi Terkini Facebook Berwajah Baru
- FTC Dilaporkan Sekali Lagi Meminta Facebook Supaya Menjual WhatsApp Dan Instagram
- Facebook Catat Peningkatan Hasil, Pengguna Semakin Ramai
- Facebook Meluaskan 'Data Abuse Bounty Program' Ke Instagram
- Pendaftaran Messenger Kini Wajib Memerlukan Akaun Facebook
- Facebook Lancar Aplikasi Study, Pengguna Akan Dibayar Untuk Data Yang Diambil
- Sebahagian Pengguna FB Sudah Boleh Mengaktifkan Tema Gelap
- Facebook Melancarkan Aplikasi Sosial Khusus Untuk Orang Yang Berpasangan Sahaja