Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: FILE PHOTO: A Facebook logo is displayed on a smartphone in this illustration

Facebook Catat Peningkatan Hasil, Pengguna Semakin Ramai

Diterbitkan Julai 31, 2023 oleh ariff bukhari

Facebook menerusi laporan Meta bagi Suku Kedua 2023 menunjukkan, pengguna aktif platform media sosial itu semakin meningkat dari tahun ke tahun meliputi pengguna harian dan bulanan.

Meta memaklumkan secara purata, pengguna harian yang aktif bagi kategori keluarga adalah berjumlah 3.07 bilion bagi Jun 2023.

Ia adalah peningkatan sebanyak 7% dari tahun ke tahun. Secara bulanan pula, pengguna harian yang aktif bagi kategori keluarga adalah berjumlah 3.88 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 6% dari tahun ke tahun bagi Jun 2023.

Pengguna harian dan bulanan yang aktif di Facebook juga turut meningkat yang mencatatkan peningkatan sebanyak 5% dan 3% dari tahun ke tahun yang mencatatkan 2.06 bilion pengguna aktif di Facebook setiap hari dan 3.03 bilion pengguna aktif setiap bulan setakat Jun 2023.

Meta juga memaklumkan, mereka mencatatkan hasil pendapatan sebanyak USD32 bilion (RM145.49 bilion), peningkatan sebanyak 11% dari tahun ke tahun, dan peningkatan sebanyak 12% tahun ke tahun pada asas mata wang tetap bagi suku tersebut.

Untuk suku ketiga 2023, Meta menjangkakan hasil mereka akan berada dalam lingkungan USD32 hingga 34.5 bilion.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • Samsung Mahu Hasilkan "Cincin Pintar", Pengeluaran Mungkin Bermula Ogos Ini

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY