Lebih Banyak Peranti Android Akan Menyokong Permainan Fortnite Selepas Ini

Permainan video Fortnite mula menyokong peranti Android sejak dari pelancaran Samsung Galaxy Note 9 yang lalu. Namun selepas itu, permainan tersebut hanya menyokong model-model kelas atasan sahaja(Snapdragon 8-seriesĀ dan Kirin 9-series).

Akan tetapi, pengguna peranti kelas pertengahan atau lebih tepat lagi peranti yang menggunakan cip Snapdragon 670 dan Snapdragon 710 akan dapat menikmati permainan Fortnite selepas ini.

Kapsyen: Epic Games


Ini kerana, melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan, Epic Games telah menambah sokongan permainan terhadap dua sistem cip tersebut.

Selain itu, Samsung Galaxy A9(2018) juga menjadi satu-satunya telefon dengan cip Snapdragon 660 baharu yang akan dapat memainkan permainan ini.

Antara peranti yang akan menikmati Fortnite ialah Samsung Galaxy A8S, Xiaomi Mi 8 SE, Nokia 8.1, Oppo R17 Pro, Oppo R17, Vivo Z3 dan banyak lagi.

 

Sumber: Epic Games