Lebih 500 Ribu Video YouTube Berkaitan COVID-19 Dibuang Tahun Lalu

Jika tahun 2019 dahulu YouTube berperang dengan kandungan ucapan kebencian, untuk sepanjang tahun 2020 pula, YouTube berperang dengan kandungan info-info salah berkaitan COVID-19.

YouTube memaklumkan, sejak Februari sehingga penghujung 2020 lalu, mereka telah membuang lebih daripada 500 ribu kandungan video yang menyampaikan info salah tentang COVID-19.

Dalam berdepan cabaran itu juga, YouTube bekerjasama dengan pihak Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membuang maklumat salah berkaitan vaksin COVID-19.

Malah pihak YouTube turut bekerjasama dengan pembangun kandungan dalam menyampaikan maklumat sahih tentang COVID-19 seperti menghasilkan video temu bual dan berdiskusi dengan pakar-pakar kesihatan bertauliah.

Kandungan video yang dibuang dari YouTube pada tahun lalu meningkat sehingga 5 kali ganda berbanding tahun 2019 di mana hanya sebanyak 100 ribu video yang berkaitan ucapan kebencian dibuang  dari platfom tersebut.

Sumber: YouTube 1, YouTube 2