Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenapa Individu Yang Disyaki Terdedah Dengan COVID-19 Perlu Dikuarantin 14 Hari?

Kenapa Individu Yang Disyaki Terdedah Dengan COVID-19 Perlu Dikuarantin 14 Hari?

Diterbitkan November 3, 2020 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, setiap individu yang disyaki mempunyai kontak rapat kepda kes COVID-19 perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Tempoh kuarantin itu juga wajib dijalani oleh bagi individu atau kumpulan yang baru pulang dari luar negara dan kawasan yang berisiko tinggi.

Tetapi mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tempoh kuarantin yang ditetapkan itu adalah selama 14 hari. Bukan pula 10 hari atau 7 hari sahaja.

Jadi pasti ada sebabnya mengapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkannya sebegitu.

Tempoh kuaranti COVID-19 adalah bermula selepas individu menjalani ujian saringan kali pertama. Walaupun saringan pertama disahkan negatif, mereka tetap diwajibkan menjalani kuaranti selama 14 hari.

Ini kerana, tempoh pengeraman virus mengambil masa antara 4 hingga 14 hari.

Kajian oleh pakar kesihatan dunia mendapati, 97.5% individu yang dijangkiti COVID-19 hanya akan mula menunjukkan gejala mereka pada hari ke-11.

Jadi, ujian kali kedua COVID-19 sekali lagi akan dibuat ke atas individu itu pada hari ke-13. Sekiranya ujian ulangan itu didapati negatif, maka individu yang menjalani kuarantin akan diberikan pada hari ke-14.

Itulah sebabnya mengapa prosedur operasi standad (SOP) kuarantin 14 hari COVID-19 itu ditetapkan sedemikian.

Sumber: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY