Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FTC Facebook WhatsApp Instagram

Lebih 300 Saintis Desak Zuckerberg Beri Akses Terhadap Data Dalaman Meta

Diterbitkan Disember 8, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Tinjauan Forrester mendapati daripada 4,602 remaja Amerika berumur 12-17 tahun, 63% menggunakan TikTok pada setiap minggu manakala 57% meluangkan masa di Instagram.

Gabungan lebih daripada 300 saintis telah menulis surat terbuka kepada Mark Zuckerberg meminta syarikatnya, Meta Platforms untuk lebih terbuka pada para penyelidik bagi mengkaji kesan Facebook dan Instagram pada kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, para penyelidik juga berkata setakat ini mereka hanya mempunyai  sedikit maklumat dan percaya kaedah sedia ada tidak cukup saintifik untuk lakukan kajian secara lebih mendalam.

Mereka turut menekankan pada Zuckerberg bahawa syarikatnya mempunyai tanggungjawab etika dan moral untuk menyelaraskan kajian dalaman mereka (Meta) terhadap kanak-kanak dan remaja dengan piawaian sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Adam Mosseri selaku Ketua Instagram dijadualkan akan memberi keterangan pada Kongres mengenai isu keselamatan kanak-kanak di platformnya tidak lama lagi. Instagram juga telah menangguhkan pelancaran “Instagram for Kids” selepas pendedahan oleh Frances Haugen beberapa bulan lepas.

Secara peribadi, kami tidak fikir Meta akan tunduk pada desakan saintis-saintis ini sepenuhnya namun disebabkan isu kesihatan mental menjadi perkara besar dunia hari ini, maka Meta akan masih memberi kerjasama demi menjaga nama Facebook sebagai platform media terbesar.

Sumber: Business Insider

Baca juga:

  • United Kingdom Arah Meta (Facebook) Jual GIPHY
  • Kantoi Scam Tetikus Palsu, Penjual Selamba Pulangkan Wang
  • Apple Saman Syarikat Pengawasan Israel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY