Apple Saman Syarikat Pengawasan Israel

Apple sering mengiklankan perkhidmatan mereka dilengkapi dengan keselamatan tertinggi demi menjaga data pengguna.

Beberapa hari lepas, Apple telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap sebuah syarikat dari Israel iaitu  NSO Group dan syarikat induknya OSY Technologies atas dakwaan menjalankan pengawasan terhadap pengguna Apple melalui perisian pengintip atau spyware mereka, Pegasus.

Melalui perisian pengintip mereka. NSO Group membenarkan pelanggan (kerajaan Amerika Syarikat) mengakses kandungan penuh telefon sasaran termasuk mesej, e-mel, sejarah panggilan, merekod bunyi, membuat rakaman dan menjejak lokasi mereka.

Perisian mereka ditemui dalam telefon aktivis kemanusiaan di Emiriah Arab Bersatu, jurnalis, peguam hak asasi manusia di Mexico dan bahkan anak remaja mereka di AS.

Selain itu, Apple juga mahu menyekat NSO daripada menggunakan perisian, perkhidmatan mahupun peranti Apple buat selama-lamanya. Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Amerika Syarikat juga telah menambah NSO Group ke dalam 'Entity List' yang mana syarikat yang berasal dari sana disekat daripada membuat sebarang perniagaan dengan mereka.

Dalam pada itu, syarikat berpengkalan di Israel ini juga berhadapan tindakan undang-undang dan kritikan daripada pelbagai syarikat lain seperti Meta Platforms, Microsoft, Alphabet dan Cisco.


Selain itu, Apple mengatakan mereka akan menderma 10 juta dolar bersama tuntutan ganti rugi daripada mahkamah pada organisasi yang mendedahkan perkara ini termasuk pada Citizen Lab di University of Toronto yang menjadi pertama menemuinya. Mereka bagaimanapun tidak menemui sebarang bukti serangan ini pada peranti yang menjalankan iOS 15.

Sumber: Reuters

Baca juga: