Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
League Of Legends Mungkin Hadir Untuk Pengguna Telefon Pintar

League Of Legends Mungkin Hadir Untuk Pengguna Telefon Pintar

Diterbitkan Mei 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sehingga kini kita telah melihat sejumlah permainan bergenre MOBA hadir ditawarkan kepada peranti mudah alih.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, permainan yang cukup popular dalam kalangan pengguna komputer, League of Legends bakal dibawa ke platform telefon pintar. Versi mudah alih ini akan dibangunkan oleh Tencent bersama-sama pembangun asal, Riot Games sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.

Kerja-kerja pembangunan versi mudah alih ini sudah dijalankan lebih setahun yang lalu. Turut disebutkan dalam laporan, Tencent dan Riot sebelum ini tidak sehaluan dalam cara untuk mengendalikan permainan tersebut. Ia kemudiannya memperlihatkan Tencent melancarkan Honour of Kings untuk China pada 2015 dan pada tahun-tahun berikutnya pembangun itu memperkenalkan pula Arena of Valor untuk pasaran yang lebih luas. Namun beberapa pihak berpendapat permainan itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketiga-tiga judul permainan ini mungkin mempunyai sedikit persamaan dari segi rekaan dan gameplay tetapi sumber menyatakan League of Legends ibarat “Piala Dunia” sementara Honour of Kings seperti “Piala Asia”.

Bagi peminat yang ternanti-nanti akan League of Legends versi mudah alih ini, ia mungkin hadir pada tahun hadapan.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY