Penguatkuasaan akan dikenakan terhadap orang di luar Malaysia yang mengendalikan platfom dalam talian bagi membeli dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan digital.
Lazada Malaysia berkata mereka telah bersedia menerima cukai digital, yang sedang dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kerajaan.
Menerusi Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Kevin Lee berkata pihak mereka sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan berhubung perkara ini.
Di bawah cadangan pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018, mana-mana orang di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian bagi membeli dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan (sama ada orang itu menyediakan sebarang perkhidmatan digital atau tidak) seperti Lazada, akan dikenakan cukai digital.
Cukai itu juga akan dikenakan ke atas pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital yang ditawarkan oleh Spotify, Netflix Inc dan Amazon.com Inc.
Pada April lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata penyedia perkhidmatan digital asing yang berdaftar diminta mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memudahkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus bermula 1 Jan, 2020.
Bagi Belanjawan 2020, Lee berkata, Lazada Malaysia berharap kerajaan akan memberikan lebih banyak sokongan kepada perniagaan dalam platfrom e-dagang.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Pertandingan Misi Jelajah Digital Maxis Terbuka Kepada Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5
- Nostalgia Pemainan Kanak-Kanak Polis Sentri Kini Dalam Bentuk Digital
- Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Pada 11 Dan 13 Februari 2020
- Sektor Telekomunikasi Dikecualikan Dari Cadangan Kenaikan Cukai Perkhidmatan
- Aplikasi Pinjaman Digital Mudah Alih Diperkenal, Pinjaman Peribadi Fleksibel Sehingga RM5,000
- Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
- Sambar Telefon Pintar vivo Dan iQOO Serendah RM399 Malam Ini Di Lazada
- Kerajaan Umum Program Shop Malaysia Online, Geran Pendigitalan Sehingga RM5 Ribu
- MDEC Dan TM Bekerjasama Mengukuhkan Lagi Kesediaan Digital Malaysia
- Kerajaan Berjanji Mempertingkatkan Kualiti Jaringan Digital Di Seluruh Negara Menerusi Pelan NFCP