Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Dan LHDN Respon Terhadap Dakwaan Kebocoran Data Pembayar Cukai myIDENTITY

Pertandingan Misi Jelajah Digital Maxis Terbuka Kepada Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5

Diterbitkan September 28, 2021 oleh ariff bukhari

Maxis dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) #mydigitalmaker dan Lenovo Technology Sdn Bhd (Lenovo Malaysia) kini denag menganjurkan pertandingan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) peringkat kebangsaan yang pertama, Misi Jelajah Digital.

Pertandingan tersebut turut mendapat sokongan dan diluluskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di mana pertandingan ini dijalankan mengikut Piawaian Persatuan Teknologi Antarabangsa dalam Pendidikan (ISTE).

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • Misi Bumi, di mana pelajar akan menyelesaikan cabaran rintangan dalam dunia Maxis eKelas Roblox yang dibina khas dan menemui ganjaran tersembunyi. Setelah menamatkan cabaran tersebut, mereka juga boleh melayari portal eKelas untuk menyertai siri Roblox Game Development dan belajar cara mengekod dan membina dunia mereka sendiri.
  • Misi Marikh, di mana pelajar akan menerokai dunia angkasa dengan merekabentuk kapal angkasa tersendiri dan merancangkan sebuah dunia koloni baru manusia. Mereka boleh menyelesaikan tugasan ini secara melukis dengan tangan, atau dengan mengekod dengan bahasa pengaturcaraan visual Scratch.

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2021 dan terbuka kepada pelajar berumur 10 – 17 tahun (Tahun 4 hingga Tingkatan 5).

Mereka yang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini turut akan menerima mata kredit pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk komputer riba, peranti mudah alih, baucar dalam talian dan sebagainya.

Selain itu pada 23 Oktober nanti, para pencabar Tingkatan 5 dijemput ke sesi perkongsian khas mengenai kerjaya bidang STEM yang akan dibentangkan oleh wakil Maxis, MDEC dan Lenovo.

Untuk info lanjut dan cara menyertai Misi Jelajah Digital ini¸ sila layari laman sesawang www.maxis.my/ekelas-stem

Sumber: Misi Jelajah Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY