Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Icon PayEx

Aplikasi Pinjaman Digital Mudah Alih Diperkenal, Pinjaman Peribadi Fleksibel Sehingga RM5,000

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh ariff bukhari

Icon Venture Capital (IVC) melancarkan sebuah aplikasi pinjaman digital dengan matlamat memperkasakan golongan B40 menerusi bantuan kewangan yang mereka perlukan.

Aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai Icon PayEx ini menawarkan pinjaman mikro yang mudah diakses, berpatutan, dan tanpa kerumitan.

Icon PayEx merupakan satu penyelesaian yang bermatlamat untuk mengatasi cabaran kewangan yang lazimnya dihadapi oleh golongan dewasa muda dan golongan berpendapatan B40 di Malaysia, sebuah demografik yang sering kali tidak dilayani oleh perbankan dan perkhidmatan pinjaman konvensional.

Platform ini menawarkan pinjaman mikro menerusi platform pinjaman mudah alih yang mesra pengguna dan proses permohonan yang mudah melalui peranti mudah alih.

Icon PayEx
Icon PayEx
Icon PayEx
Icon PayEx

Aksesibiliti ini terbuka pada bila-bila masa dan tempat, memastikan para pengguna, termasuk mereka yang mempunyai sejarah kredit yang terhad, boleh mendaftar dengan selamat apabila mereka memerlukan bantuan.

Icon PayEx menawarkan pinjaman peribadi fleksibel sehingga RM5,000 dengan kadar faedah yang berdaya saing untuk individu yang berusia 18 tahun ke atas, termasuk individu yang tidak memiliki kad kredit.

Tempoh pinjaman boleh menjangkau sehingga lima tahun, dengan kadar pembayaran semula serendah RM150 sebulan. Icon PayEx berlesen sepenuhnya dan diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Icon PayEx boleh dimuat turun menerusi Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.iconventure.com.my/iconpayex 

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Go Shop Akan Henti Operasi Sepenuhnya Pada Minggu Depan
  • Astro Tawar 'WiFi Kencang' 50Mbps Serendah RM60/bulan
  • Kes Semakin Meningkat, Bank Bersama Perangi Scam Kewangan

Sumber: Siaran media IVC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY