Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Warta Larangan Penerbitan Jam Swatch Dengan Unsur LGBTQ+

Kerajaan Warta Larangan Penerbitan Jam Swatch Dengan Unsur LGBTQ+

Diterbitkan Ogos 10, 2023 ยท Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan berkaitan LGBTQ+ dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch, melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Ogos 2023.

Berkaitan

  • Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ia termasuk dalam apa-apa koleksi sama ada kotak, pembalut, aksesori atau perkara lain yang berkaitan.

Jelas KDN, pewartaan Perintah Larangan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Dalam kes ini, mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Menurut KDN, kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat, kepentingan awam, dan negara.

Terdahulu, Swatch menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang berikutan produknya yang mempunyai unsur LGBTQ+ telah dirampas pihak berkuasa.

Sumber: KDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY