Lanjutan daripada sekatan tersebut, ia dilaporkan mungkin memberi kesan terhadap pengeluaran Samsung Galaxy Note 10 yang mana pelancarannya telah dijadualkan pada 7 Ogos hadapan.
Antara bahan terlibat adalah fluorinated polyimide, polyimide resists, dan hydrogen fluoride, dimana ketiga-tiga ini sangat penting bagi Samsung dalam pembuatan komponen telefon pintar seperti skrin SuperAMOLED.
Menggarap laporan daripada media Korea Selatan, penghasilan cip pemprosesan Exynos 9825 telah dikurangkan sebanyak 10% ekoran daripada sekatan eksport tersebut dan cip ini merupakan komponen yang akan digunakan pada siri Galaxy Note akan datang.
Samsung menyatakan acara pelancaran akan dilangsungkan seperti yang telah dirancang tetapi tidak mendedahkan lagi tentang tarikh rasmi penawaran. Penganalisis daripada Daishin sekuriti berpendapat larangan perdagangan yang berjalan ini akan memberi kesan negatif kepada industri bahan Jepun disebabkan kebanyakkan syarikat teknologi Korea adalah pelanggan terbesar mereka.
Sumber: The Investor via SlashGear
Berkaitan
- Samsung Galaxy Watch3 Kini Lebih Kecil Dan Ringan
- Samsung Galaxy Note 9 Dijangka Pelancarannya Pada Ogos Depan
- Jual, Beli, Serta Miliki Telefon Tanpa Label SIRIM Dan MCMC Adalah Menyalahi Peraturan, Denda Sehingga RM100,000
- Jangan Cas Jam Pintar Samsung Gear S3 Selain Dari Pengecas Asal
- 500 Pembeli Terawal Galaxy S20 Bakal Dapat TV 50 Inci
- Siri Samsung Galaxy M Hanya Dijual Eksklusif Di Samsung Online Store
- Samsung Perkenal Model Galaxy A20e Di Eropah, Skrin Paparan Bersaiz 5.8 Inci
- Mi Mix 3 Sudah Diumumkan - Kamera Depan Tersembunyi Dan RAM 10GB
- OPPO Reno Dan Reno 10x Zoom Edition Dilancarkan, Dilengkapi Dengan Kamera Pop-Up Unik
- Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10