Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Laptop Gaming HP Omen Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan

Posted on Julai 20, 2017Julai 20, 2017

Omen merupakan line up baru bagi siri laptop dan komputer gaming dari HP. Ia mula diperkenalkan tahun lalu yang menyasarkan gamer tegar dengan pelbagai produk dari laptop, desktop hinggalah kepada aksesori dengan pelbagai tawaran harga.

HP Malaysia kini telah membawakan dua model laptop siri Omen ke dalam pasaran tempatan iaitu,

  • Omen 15
  • Omen 17

Kedua-dua model ini hadir dengan spesifikasi yang pasti membuatkan para gamer tidak senang duduk. Berikut merupakan spesifikasi ringkas dua model berkenaan

Omen 15

  • Paparan FHD IPS 15.6 inci
  • Pemproses grafik GeForce GTX 1050
  • Pemproses Intel Core i7-7700HQ
  • RAM 4GB
  • Storan HDD 1TB

Versi Omen 15 ini turut ditawarkan dengan spesifikasi high end seperti pemproses grafik GTX 1050 Ti/GTX 1060 /AMD RX 550 dan pilihan paparan 120Hz, storan, dan RAM yang lebih besar.

Omen 17

  • Paparan FHD IPS 17.3 inci (120Hz) dengan sokongan G-Sync
  • Pemproses grafik Nvidia GeForce GTX 1070 GPU
  • Pemproses Intel Core i7-7700HQ
  • RAM 16GB
  • Storan HDD 1TB dan SSD 256GB

Omen 15 dan Omen 17 sudah pun mula dijual rangkaian pengedar sah HP dan kedai komputer yang lain.

Harga jualan akan berbeza mengikut spesifikasi pilihan anda dan ia bermula dengan:

  • Omen 15 – RM4499
  • Omen 17 – RM 8899

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress