Lambakan Stok RTX 3000 Di Pasaran, NVIDIA Mungkin Tangguh Pelancaran RTX 4000

Kita berkemungkinan besar akan mendengar akan penangguhan pelancaran siri RTX 4000 daripada NVIDIA walaupun berita ini bukanlah satu perkara yang diharapkan oleh pembaca sekalian.

Izinkan saya untuk menerangkan sebab kenapa saya berkata demikian. Krisis ini bermula dengan penyusutan nilai matawang kripto Luna yang jatuh secara mendadak hingga menyebabkan beberapa kes pelabur Luna membunuh diri kerana tidak dapat menanggung rugi.



Tidak berhenti setakat itu, nilai matawang kripto Bitcoin pula berjangkit dengan krisis kripto ini hingga pengeluaran matawang tersebut terpaksa dilumpuhkan. Tambahan lagi, nilai matawang Bitcoin juga menyusut dengan teruk hingga berada di bawah paras terendah (RM90K) buat kali pertamanya sejak Disember 2020.

Kapsyen: Pelombong kripto di China menjual lambakan GPU secara lelong


Kesannya membawa kepada pelombong kripto Bitcoin terpaksa menjual kad grafik mereka secara lelong dek kerana pelombongan tersebut tidak lagi menjadi mendatangkan keuntungan buat mereka.

Tindakan tersebut membawa ketidakseimbangan dalam pasaran kad grafik global. Kehadiran kad grafik yang terlalu banyak di pasaran walaupun kad terpakai membawa kepada penurunan harga yang terlalu cepat dan tiba-tiba.
@gpu_scalperBro this sh!t stinks. I’ve done anything I could. Giveaways, selling them at fair prices, and not being selfish. Life tests the wrong people sometimes♬ telepatía - Kali Uchis

Seterusnya, krisis ini membawa kepada scalpers untuk menjual semula stok kad grafik mereka dengan cepat untuk mengelakkan kerugian yang lebih tinggi lagi dek kerana harga jualan kad grafik semakin lama, semakin rendah.

Pembaca sekalian, krisis di atas yang membawa kepada reaksi berantai ini membuat NVIDIA bukan hanya terhimpit dan tersepit, malahan semakin lemas dalam pasaran mereka sendiri. Hal ini demikian, NVIDIA sendiri juga mempunyai banyak stok kad grafik siri RTX 3000 yang masih belum terjual lagi.

Bagaimana untuk mereka menjual siri baharu RTX 4000 pada lewat suku ketiga tahun ini sedangkan pasaran kad grafik ketika ini tidak "aman" mahupun sesuai untuk mereka melancarkan siri tersebut.

Oleh sebab itu, saya berpendapat NVIDIA tiada pilihan selain terpaksa menangguhkan pelancaran siri RTX 4000 yang sepatutnya dilancarkan tidak lama lagi. Jika tidak, bukan sahaja mereka akan menanggung kerugian besar tetapi pasaran kad grafik akan menjadi lebih tidak seimbang berbanding sekarang untuk mereka.

Hal ini demikian, prestasi yang ditawarkan kad grafik siri RTX 3000 masih berkuasa dan relevan untuk majoriti permainan video yang ada di pasaran ketika ini dan sudah pastinya menawarkan harga yang lebih rendah lagi seandainya NVIDIA memilih untuk meneruskan pelancaran siri RTX 4000.