Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC

Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC

Diterbitkan Julai 7, 2022 oleh Firdaus

NVIDIA dikhabarkan hendak mengurangkan tempahan silikon mereka daripada TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company) untuk siri kad grafik RTX 4000.

Hal ini demikian, NVIDIA ketika ini menghadapi masalah pasaran GPU yang semakin tepu dengan lambakan kad grafik terutamanya, siri RTX 3000. Faktor penjualan semula GPU terpakai oleh pelombong kripto dan penurunan nilai kripto telah menyumbang kepada masalah ini.

Selain itu, NVIDIA sendiri juga mempunyai stok GPU RTX 3000 yang banyak dan masih belum terjual lagi. Berikut merupakan rangkuman akan perkara yang terjadi:

  • NVIDIA telah membuat pembayaran awal yang besar untuk mendapatkan teknologi 5nm dan ke bawah daripada TSMC.
  • Faktor permintaan yang kurang di pasaran, lambakan GPU daripada pelombong kripto dan stok GPU tidak terjual yang banyak memaksa NVIDIA untuk mengurangkan tempahan cip 5nm tersebut.
  • TSMC tidak bersetuju akan permintaan NVIDIA itu tetapi hanya bersetuju untuk melewatkan penghantaran pertama selama 1 suku tahun sahaja atau pada suku tahun 2023.

Teknologi cip 5nm ini diperlukan NVIDIA untuk GPU siri RTX 4000 yang akan datang daripada mereka. Walau bagaimanapun, situasi pasaran GPU pada masa ini tidak begitu menyebelahi mereka tetapi bagus untuk pengguna seperti kita kerana harga GPU semakin baik dan menghampiri paras normal.

Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC
Nilai pasaran NVIDIA vs AMD (kanan)

Kesannya, nilai saham NVIDIA dan juga AMD telah menurun hampir 50% dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Sumber: Digitimes

Gambar utama: pcgamesn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY