Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web MangaDex Ditutup Sementara Waktu, Data Pengguna Mungkin Terjejas Akibat Insiden Penggodaman

Laman Web MangaDex Ditutup Sementara Waktu, Data Pengguna Mungkin Terjejas Akibat Insiden Penggodaman

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amalina Athman

MangaDex merupakan antara platform terbesar yang menyediakan komik manga secara percuma. Menurut statistik SimilarWeb, platform itu mempunyai lebih 76 juta pelawat setiap bulan.

Terkini, MangaDex mengumumkan penutupan laman web buat sementara waktu berikutan serangan penggodam yang telah memperoleh akses ke pangkalan data mereka.

MangaDex.org

Menurut MangaDex, pada 17 Mac 2021, pihaknya telah mengenal pasti dan melaporkan penggodam memperoleh akses ke akaun pentadbir selepas mencuri ‘session token’ melalui kerentanan MangaDex.org.

Dengan token itu juga, penggodam kemudian telah memperoleh akses penuh dan memuat turun kod sumber laman web itu.

Buat masa ini, pihak MangaDex masih belum dapat mengesahkan mengenai kebocoran data tersebut. Pihaknya juga telah menutup laman web sehingga siasatan lanjut dijalankan.

Bagaimanapun, pengguna disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menukar kata laluan bagi mana-mana akaun yang menggunakan kata laluan sama seperti akaun MangaDex.

Sumber: MangaDex.org via BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY