Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Carian Google Bakal Berwajah Baru

Laman Carian Google Bakal Berwajah Baru

Diterbitkan Mei 23, 2019 ยท Dikemas kini Mei 23, 2019 oleh ariff bukhari

Rekaan terbaru bagi hasil carian Google akan dapat membantu pengguna memahami dengan lebih baik dari mana sesebuah maklumat itu datang.

Google hari ini telah mendedahkan reka bentuk terbaru bagi paparan setiap hasil carian yang dibuat pengguna menerusi Carian Google.

Ia dimaklumkan oleh Pereka Bentuk Kanan dan Carian, Jamie Leach di laman blog Google hari ini.

Menurut beliau, paparan reka bentuk baru bagi hasil Carian Google kinimeletakkan sesebuah laman sesawang berada di bahagian hadapan dan tengah hasil carian, sekaligus akan dapat membantu pengguna memahami dengan lebih baik dari mana sesebuah maklumat itu datang serta memaparkan laman muka apa yang pengguna inginkan.

Nama dan ikon sesebuah laman sesawang akan muncul di bahagian atas dari hasil carian bagi memudahkan pengguna mengimbas setiap laman hasil carian dan terokai apa yang dimahukan kemudian. (Ini bergantung pada tetapan yang dibuat oleh pembangun laman sesawang tersebut).

Laman Carian Google Bakal Berwajah Baru
Apabila anda membuat carian produk atau perkhidmatan, anda akan melihat label iklan yang digelapkan (bold) di atas carian tersebut bersama-sama dengan alamat laman sesawang supaya anda boleh dengan cepat mengenal pasti dari mana maklumat itu datang.

Tambah beliau lagi, selain reka bentuk baru ini yang membolehkan mereka untuk menambah lebih banyak butang tindakan dan pratonton berguna terhadap hasil carian, tetapi ia turut memberikan kredit kepada sumber asalnya.

Reka bentuk baru Carian Google ini dijangka akan diaplikasikan pada carian peranti pintar sahaja buat masa ini dalam beberapa hari akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY