Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Matikan Animasi Pada WIndows 11

Microsoft Kini Melepaskan Windows 11 Secara Rasmi

Diterbitkan Oktober 5, 2021 · Dikemas kini Oktober 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Microsoft hari ini secara rasminya melepaskan sistem operasi Windows 11 yang stabil buat semua pengguna. Kemas kini tersebut juga percuma buat pengguna yang sedang menjalankan Windows 10 dan melepasi kriteria yang diperlukan.

Berdasarkan notifikasi yang dipaparkan, pengguna perlu menunggu butang kemas kini dapat dilihat kerana ia akan ditawarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi dari sekarang menerusi tetapan “Windows Update”.

photo_2021-10-05 11.46.39

Bagaimanapun, sekiranya anda baru sahaja membeli komputer riba yang sudah didatangkan dengan pra-pasang (pre-installed) Windows 11, anda boleh terus menaiktarafnya.

Melalui Windows 11, banyak perkara baharu yang diberikan Microsoft kali ini dari segi rekaan ikon, butang pintasan snap layout, Microsoft Store yang baharu dan banyak lagi.

Jika anda tidak pasti sama ada komputer anda mampu menjalankan Windows 11 atau tidak, anda boleh tekan pautan INI.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Baca juga:

  • Microsoft Tidak Akan Membenarkan PC Yang Tidak Memenuhi Keperluan Minimum Windows 11 Menjalankan Sistem Operasi Tersebut
  • Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda
  • Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY