Antaranya ialah portal dari Jerman, WinFuture telah mendedahkan rekaan render rasmi bagi kedua-dua model dalam siri berkenaan yang juga memberi gambaran berkenaan beberapa ciri yang bakal dimiliki oleh peranti tersebut.
Bagi model P30 Pro, ia akan hadir dengan empat kamera yang mana tiga sensor kamera biasa dan satu lagi dipercayai adalah sensor ToF yang dipasang secara bersebelahan.
Di bahagian depan pula, paparan skrin OLED yang digunakan bakal hadir dengan rekaan takuk kecil atau "waterdrop".
Untuk model asas pula, ia hanya akan hadir dengan tiga lensa kamera tanpa sensor tambahan yang dimiliki oleh versi Pro. Pada bahagian depan, ia kelihatan sama seperti yang ditawarkan pada P30 Pro.
Selain itu, kedua-dua model ini dijangka akan didatangkan dengan imbasan cap jari dari dalam skrin memandangkan tiada sensor imbasan cap jari kelihatan pada panel belakang mereka.
Dari segi dalaman pula, kami hampir pasti bahawa P30 dan P30 Pro ini akan dilengkapi dengan cip Kirin 980 dengan memori RAM minima 6GB RAM.
Sumber: WinFuture
Berkaitan
- Vivo V17 Pro Bakal Beri Pengalaman Permainan Terbaik Di PMCO 2019
- Kamera Aksi Pertama LeEco Alternatif Baru GoPro
- Xiaomi Mi MIX 2S Diperkenalkan Dengan Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845
- Jangkaan Harga Pasaran OnePlus 7 Pro Didedahkan, €200 Lebih Mahal Berbanding OnePlus 6T
- Bagaimana Untuk Saksikan Pelancaran Huawei P30 Secara LIVE- Dan Beberapa Info Yang Boleh Dipercayai
- Vivo Superday Sale - Beli V15 Pro, Anda Berpeluang Bawa Pulang Dron DJI Tello Secara Percuma
- Huawei P20 Pro Antara 3 Model Terbaru Huawei Yang Mula Terima EMUI 9 Di Peringkat Global
- Huawei Mate 30 RS Porche Turut Diperlihatkan Dalam Acara Perasmian
- Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik
- Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar