Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KWSP Nasihat Pencarum Buat Penyucian Dividen Jika Belum Beralih Ke Simpanan Shariah

KWSP Nasihat Pencarum Buat Penyucian Dividen Jika Belum Beralih Ke Simpanan Shariah

Diterbitkan Disember 19, 2022 ยท Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) menasihatkan pencarum beragama Islam yang tidak bertukar pada Simpanan Shariah sejak 2017 untuk melakukan penyucian dividen.

Hal ini kerana simpanan Shariah telah tersedia semenjak 2017. Jadi, dividen hasil simpanan konvensional mulai 2017, boleh dilakukan penyucian.

Untuk simpanan 2016 dan sebelumnya-sebelumnya, anda tidak perlu melakukan penyucian dividen kerana KWSP tidak memperkenalkan lagi Simpanan Shariah.

kwsp syariah

Contohnya, anda beralih pada Simpanan Shariah pada Julai 2021. Diingatkan, walaupun anda daftar sebagai Simpanan Shariah pada Julai 2021, namun ia berkuat kuasa mulai 2022.

Tapi, anda tidak perlu risau kerana dividen 2021 dikecualikan daripada penyucian dividen. Ini kerana penentuan tarikh kuat kuasa (iaitu 2022) adalah di luar bidang kuasa anda.

Jadi, anda harus melakukan penyucian dividen untuk simpanan daripada tahun 2017 hingga 2020 sahaja.

Cara untuk lakukan penyucian dividen

Menurut perkongsian daripada Siakap Keli, anda boleh lakukannya dengan memberikan secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan, terutamanya ahli keluarga terdekat yang tidak berkemampuan, selain daripada ibu bapa, isteri dan anak-anak (tanggungan wajib).

Kedua, ia juga boleh disalurkan sebagai kegunaan kos pembinaan/penyediaan kemudahan awam sama ada melalui Baitulmal di Majlis Agama Islam negeri atau persatuan/pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan.

Selain itu, anda juga boleh menyucikan dividen Simpanan Konvensional dengan mengagihkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam, kos perubatan dan penjagaan kesihatan atau kos pendidikan.

Bagi tahun 2021, KWSP telah menetapkan kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional adalah sebanyak 69% daripada jumlah dividen.

Cara bertukar ke Simpanan Shariah

Ia boleh dilakukan terus melalui aplikasi i-Akaun.

Untuk langkah lebih lanjut, kami ada kongsikan artikel di SINI.

Sumber: KWSP, Siakap Keli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Semak Baki Akaun 1 Dan 2 KWSP Secara Online
  • Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
  • Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu - Battersea Power Station
  • KWSP: Cara Tukar Ke Akaun Konvensional Ke Shariah Melalui Telefon Dan Laman Web
  • KWSP Alami Gangguan Sementara Di Semua Cawangan, Beberapa Perkhidmatan Lain Turut Terjejas

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY