Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GENTARI EV

Kurang Daripada 1% Pemilik EV Dari 18 Buah Negara Ini Ingin Kembali Kepada ICE – Kajian

Diterbitkan Disember 17, 2024 · Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh ariff bukhari

Hasil kajian terbaru yang dibuat oleh Global EV Drivers Alliance (GEVA) mendedahkan bahawa kurang daripada 1% pemandu kenderaan elektrik (EV) ingin beralih kembali kepada kereta berkuasa petrol atau diesel (ICE).

Kajian GEVA itu melibatkan 23,254 responden di 18 negara termasuklah Austria, Brazil, Kanada, Costa Rica, Perancis, Jerman, Hungary, India, Ireland, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Slovenia, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kajian itu juga mendapati bahawa daripada membeli kenderan ICE, 92% pemilik EV merancang untuk membeli EV lain di mana 97% pemilik EV menyatakan mereka sangat berpuas hati memandu EV.

EV vs ICE 1

Faktor utama mereka untuk memilih EV berbanding ICE adalah kos operasi yang lebih rendah (45%) dan faedah iklim (40%).

Sebab lain termasuklah kesan alam sekitar tempatan yang lebih baik (32%), kebolehpanduan yang lebih baik (21%), dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah (18%).

EV vs ICE

Walau bagaimanapun, lebih separuh pengguna EV dalam kajian itu bersetuju bahawa mereka memerlukan lebih banyak perancangan untuk dalam perjalanan jauh.

Manakala pengguna EV di dalam negara yang memiliki rangkaian stesen pengecasan yang luas tidak bimbang jika mereka perlu melalui perjalanan jauh dengan EV mereka.

EV vs ICE 2

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Harga Bateri EV Junam Mendadak Lebih Cepat Dari Dijangka - Bloomberg
  • Hayat Bateri EV Mungkin Tahan Sehingga 40% Lebih Lama Dari Dijangka – Kajian
  • Proton e.Mas 7 Kini Rasmi - Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM109,800

Sumber: GEVA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY