Ia susulan pendedahan nama kumpulan mereka tersenarai digunakan sebagai antara kata laluan yang paling kerap digunakan oleh pengguna internet.
Tidak lama selepas media mendedahkan 100 ribu kata laluan yang paling teruk digunakan oleh warganet, ahli kumpulan muzik popular dari Amerika Blink 182 telah respon terhadap laporan tersebut di laman Twitter mereka.
Ia berikutan nama kumpulan mereka didapati telah terkait dan digunakan secara meluas sebagai kata laluan oleh warganet.
Sekaligus menjadikan kata laluan blink182 sebagai salah satu daripada kata laluan paling teruk digunakan oleh warganet.
https://twitter.com/markhoppus/status/1120301476998303744
Mark Hoppus adalah pemain bass dan penyanyi utama kumpulan tersebut telah memberikan respon ringkas "you guys." di Twitter beliau. Ia sudah cukup memberikan gambaran bahawa beliau tidak selesa dengan nama kumpulan mereka terpalit dengan isu ini.
Seorang lagi yang turut respon terhadap laporan tersebut adalah pemain dramnya iaitu Travis Barker. Beliau memberikan ekspresi tidak setuju dengan meletakkan emoji shrug (mengangkat bahu) terhadap tindakan pengguna.
https://twitter.com/travisbarker/status/1120359588803383299?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1120359588803383299&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.mashable.com%2Ftech%2F3384%2Feveryone-is-using-blink-182-as-their-password-and-the-band-i
Digunakan lebih daripada 286 ribu pengguna
Menurut laporan oleh Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) United Kingdom, kata laluan blink182 didapati digunakan oleh 286,706 pengguna.
Ia telah meletakkan kata laluan tersebut sebagai kata laluan paling popular yang digunakan bagi kategori muzik, sekaligus menjadikannya antara kata laluan paling teruk yang digunakan oleh warganet bagi kategori pemuzik.
Ia diikuti oleh 50cent (191,153), eminem (167,983), metallica (140,841) dan slipknot (140,833).
Pemilihan Blink182 sebagai kata laluan dikalangan warganet mungkin kerana disebabkan ia mengandungi abjad dan nombor yang biasanya menjadi syarat untuk tetapan bagi sesebuah kata laluan.
Teapi ia sangat tidak sesuai dijadikan kata laluan kerana ia amat mudah diteka. Jadi mungkin Blink 182 patut tukar nama kumpulan mereka kot. Hmmm.
Blink-182 merupakan sebuah kumpulan muzik yang popular di era pertengahan 90an, awal 2000 dan sehinggalah kini. Ia dianggotai oleh 3 orang iaitu Mark Hoppus, Travis Barker dan Matt Skiba (ahli baru).
Antara lagu-lagu popular mereka yang masih diingati penulis adalah The Rock Show, Adam's Song, I Miss You, What's My Age Again? dan yang wajib tidak boleh dilupakan, All The Small Things.
https://www.youtube.com/watch?v=9Ht5RZpzPqw
Sumber: Mashable
Berkaitan
- Sekatan Barat Ke Atas Russia Boleh Menyebabkan ISS Terhempas - Roscosmos
- Perkataan Popular Manga Dan Anime Ini Kini Dalam Kamus Inggeris Oxford
- Pengguna TikTok Mendedahkan Kata Laluan Yang Disimpan Di Aplikasi Pelayar Amat Mudah Digodam
- Pelayar Microsoft Edge Bakal Dimuatkan Dengan Ciri Peningkatan Prestasi
- Pixel 4 Adalah Telefon Pintar Paling Teruk 2019/2020
- TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021
- Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif
- PEDi FELDA Palong 11 Ditutup Sementara, Rosak Teruk Akibat Ribut
- 'guru' Antara 11 Kata Laluan Paling Teruk Tetapi Sering Diguna Rakyat Malaysia
- Maxis Membentuk Perikatan 5G Terbesar Di Malaysia