Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kualiti Rangkaian Wi-Fi Bukan Sebab Utama Capaian Internet Lemah Di Rumah – TM

Kualiti Rangkaian Wi-Fi Bukan Sebab Utama Capaian Internet Lemah Di Rumah – TM

Diterbitkan Ogos 4, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM) Lolita Mohamed Suffian, masalah capaian internet lemah yang kerap dialami oleh pelanggan Unifi berkemungkinan besar tiada kaitan dengan kualiti rangkaian Wi-Fi yang disediakan. Sebaliknya, ia mungkin disebabkan oleh set-up perkhidmatan itu di rumah.

Tambahnya, set-up itu sama ada berhubung kait dengan lokasi alatan jalur lebar di rumah atau terdapat zon mati (deadzones) Wi-Fi disebabkan susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke Wi-Fi.

Dengan itu, beberapa langkah perlu diambil bagi meningkatkan lagi capaian internet di rumah. Antaranya termasuk memindahkan router atau penghala ke bahagian rumah yang kebanyakan masa diluangkan. Sebagai contoh, letakkan di ruang tamu jika sering menghabiskan masa di situ.

Bagi mengoptimumkan sambungan Wi-Fi, pengguna juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan penghala dalam ruangan tertutup serta berhampiran permukaan reflektif atau logam. Sebagai cara lain, pengguna juga boleh menambah mesh untuk meluaskan lagi liputan Wi-Fi.

Dalam pada itu, turut dinyatakan semua pelanggan baharu Unifi berkapasiti 100Mbps ke atas akan menerima penghala Wi-Fi 6. Bagi pelanggan sedia ada yang menghadapi prestasi internet lemah, penggantian kepada penghala Wi-Fi 6 juga akan dibuat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY