Kre8tif 2018 Cyberjaya- Apabila Seni Kreatif Dan Teknologi Digital Bergabung

Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) sebuah organisasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal meriuhkan Cyberjaya pada 6-12 Ogos ini dalam satu acara tahunan, Kre8tif Conference & Content Festival untuk edisi yang ke-7.



Kepada yang belum tahu, Kre8tif merupakan satu langkah MDEC dalam mempromosi dan mengetengahkan industri kreatif digital kepada penduduk tempatan dan luar negara tentang keupayaan Malaysia dalam bidang ini.

Menurut Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologinya Hasnul Hadi Samsudin berkata "Kre8tif merupakan satu inisiatif dari MDEC dalam membuka ruang untuk industri tempatan untuk mengambil ilham seni kreatif dan kandungan digital daripada nama-nama terkenal seperti Christopher Brambele, CEO Base FX, Burhanuddin Md Razi, Pengarah Urusan Les' Copaque, Tiara Jacquelina seniwati tanah air dan ramai lagi".

Jadi apa aktiviti yang menarik pada Kre8tif tahun ini?



1. Cyberjaya Kre8tif Fun Run   

- Tiket: RM40

- Lokasi: Cyberjaya 

- Masa Berlangsung: 5 Ogos



2.Kre8tif Entertainment Xperience 

- Tiket: Percuma

- Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

- Masa Berlangsung: 6-9 Ogos



3.Kre8tif Xhibition     

- Tiket: Percuma

- Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

-Masa Berlangsung: 6-7 Ogos





4. Kre8tif Conference and Business Xchange   

- Tiket: RM650

- Tiket Early Bird: RM350

- Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

- Masa Berlangsung: 8-9 Ogos

 

5. Cyberjaya Multimedia Festival   

- Tiket: RM30

- Tiket Early Bird: RM20

- Lokasi: Centrus Mall, Cyberjaya

-Masa Berlangsung: 11-12 Ogos



Dengan bertemakan "Kre8 Innov8" tahun ini, Kre8tif Cyberjaya 2018 bakal mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik selama seminggu. Bermula dengan larian Fun Run pada 5 Ogos dan kemudian disusuli oleh beberapa acara persembahan digital kreatif dan animasi sehinggalah ke persidangan teknikal dimana jurucakap jemputan terkenal akan bercakap mengenai pengalaman mereka dalam industri kreatif.

Acara Kre8tif ini akan diakhiri dengan Cyberjaya Multimedia Festival (CMF 18) atau tahun sebelumnya dikenali sebagai Cyberjaya Music Festival. Di sini terdapat bermacam-macam lagi aktiviti yang akan dijalankan termasuklah persembahan music kreatif daripada band tempatan seperti Bittersweet dan Iqbal M, diselangi juga dengan beberapa persembahan teknologi kreatif digital dan seni. Paling penting ada foodtruck!.

Jom meriahkan Cyberjaya, bandar multimedia Malaysia Ogos ini. Boleh dapatkan tiket Kre8tif di sini dan CMF 18 di sini.

 

 

 

 

 

 

Berkaitan