Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robotik ROSA

KPJ Kuching Sempurnakan Pembedahan Lutut Ke-205 Guna Teknologi Robotik

Diterbitkan April 1, 2024 oleh Amsyar Latif

Dalam bidang perubatan, penggunaan teknologi robotik telah pun digunakan. Di Malaysia, Hospital Pakar KPJ Kuching melakar sejarah apabila berjaya menyempurnakan prosedur pembedahan sendi lutut sebanyak 205 melalui teknologi robotik.

Mereka menggunakan teknologi Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) yang mana penggunaannya dapat memendekkan masa pemulihan pascapenbedahan dalam tempoh kurang dua minggu.

Ia secara tidak langsung memberikan pesakit untuk kembali berjalan tanpa memerlukan alat tambahan (tongkat) serta masa pemulihan sehingga empat minggu sekiranya menggunakan kaedah lama.

Menurut pakar bedah ortopedik, Dr Lee Woo Guan mengatakan perkara itu dapat direalisasikan kerana semasa pembedahan, mereka tidak perlu lepaskan banyak ligamen.

Berkaitan

  • 'Bullet Train' Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah
  • Cukai Jalan EV Mungkin Diumum Bulan Depan, Cukai Lebih Murah Daripada ICE

Tambahan lagi, mesin robotik itu juga akan melakukan imbasan sinar-X khas sebelum pembedahan yang mana untuk melihat penjajaran (alignment) lutut dari pinggul ke buku lali dan ia kemudian di hantar ke pusat mesin di Montreal, Kanada untuk mencipta model khas pembedahan agar ia dapat disesuaikan bagi pesakit.

Hospital ini merupakan pusat rawatan pertama dan satu-satunya di Borneo yang mempunyai teknologi robotik ortopedik sebegini.

Malah, kos rawatannya juga lebih rendah berbanding di semenanjung Malaysia. Buat pengetahuan, di KPJ Kuching, pembedahan satu lutut bermula RM31,888 dan bermula RM58,888 untuk dua lutut.

Jika dibandingkan di semenanjung, kos pembedahan satu lutut adalah bermula RM40,000 dan RM70,000 untuk dua lutut.

Sumber: awani, KPJ healthcare

Foto utama: utusan borneo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY