Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pixel 6 Dijangka Diumum Sebelum Pelancaran iPhone 13

Posted on Ogos 30, 2021

Sebelum ini pembantu AI OPPO, Breeno didakwa secara tidak sengaja mendedahkan tarikh pengenalan Android 12, iaitu pada 13 September ini walaupun ia kemudian telah dikemaskini oleh pihak OPPO.

Laporan terkini menyatakan bahawa Google dijangka memperkenalkan siri Pixel 6 pada hari tersebut dan ia adalah mungkin sebelum Apple melancarkan barisan iPhone 13.

Seperti yang diketahui, Apple gemar mengumumkan peranti iPhone baharu sekitar pertengahan September. Kebiasaannya juga, ramai yang akan berbual terhadap telefon terbaharu daripada Apple dan membuatkan peranti yang diperkenalkan selepas itu tenggelam sedikit.

Pun begitu, sebenarnya ramai juga yang ternanti-nanti kemunculan Pixel 6 ini memandangkan ia pertama dikuasakan cip pemproses Google Tensor.

Sementara itu, Xiaomi juga bakal mengadakan acara pada 15 September ini. Manakala, Samsung turut dilaporkan mahu melancarkan Galaxy S21 FE pada bulan yang sama.

Apa-apa pun, Pixel 6 bakal menawarkan rekaan yang menarik, pengimbas cap jari pada skrin, tetapan 3 kamera dan banyak lagi.

Sumber: weibo

Baca juga:

  • Google Akan Tamatkan Pengeluaran Dua Model Ini
  • Bukan Lagi Sony, Google Pixel 6 Mungkin Tampil Sensor Kamera Samsung
  • iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress