Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lepas Ini Instagram Akan Minta Pengesahan Identiti Guna Video Swafoto

Posted on November 17, 2021

Sekiranya kita menggunakan aplikasi eDompet misalnya, pengesahan identiti seperti mengambil gambar swafoto diperlukan. Malah, permohonan secara dalam talian bagi akaun ASB turut berbuat demikian dengan merakam video swafoto.

Tujuan ia dibuat sebegitu adalah untuk mengesahkan identiti pengguna dan mengelakkan penipuan dan sebagainya. Oleh itu, aplikasi media sosial popular – Instagram juga akan membuat pengesahan serupa.

Menurut konsultan media sosial Matt Navara, beliau mengatakan syarikat Meta kini sedang menguji fungsi pengesahan identiti dengan menggunakan video swafoto untuk Instagram.

Instagram is now using video selfies to confirm users identity

Meta promises not to collect biometric data. pic.twitter.com/FNT2AdW8H2

— Matt Navarra (@MattNavarra) November 15, 2021

Menerusinya, pengguna perlu merakam video swafoto dari pelbagai sudut agar pengesahan dapat dilakukan. Selain itu, proses ini diperlukan bagi pengguna baru sahaja.

Namun, terdapat beberapa pengguna Instagram sedia ada melaporkan mereka perlu membuat pengesahan tersebut. Jadi, belum pasti sama ada semua pengguna Instagram harus melakukannya atau pun tidak.

https://twitter.com/bettinamak/status/1460306493207715840?s=21

Bagaimanapun, perkara sebegini agak baik untuk dilaksanakan kerana secara tidak langsung dapat mengelakkan akaun palsu atau akaun spam yang kian berleluasa di media sosial. Mungkin juga tiada lagi perkhidmatan membeli pengikut (followers).

Sumber: verge

Baca juga:

  • Tiada Lagi Ciri Cam Wajah Pada Gambar Facebook

  • Instagram Uji Fungsi “Take A Break” Tapi Tanpa KitKat

  • Ini Harga Langganan Instagram Di App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress