Konvensyen Permainan Terbesar Dunia Pada Tahun Ini Terpaksa Dibatalkan

Tiada Konvensyen E3 2020 tahun ini.


Wabak Covid-19 sekali lagi menjadi punca kepada pembatalan satu lagi acara tahunan terbesar yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

E3 2020 secara rasminya diumumkan terpaksa dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Ia diumumkan oleh Entertainment Software Association hari ini.

"After careful consultation with our member companies regarding the health and safety of everyone in our industry – our fans, our employees, our exhibitors, and our longtime E3 partners – we have made the difficult decision to cancel E3 2020,..." EA.

E3 2020 sepatutnya dijadualkan akan berlangsung dari 9 hingga 11 Jun 2020 di Los Angeles.

E3 adalah konvensyen permainan terbesar dunia yang mengumpulkan firma-firma pembangun permainan dari seluruh dunia.

Pembatalan ini pastinya amat mengecewakan para peminat tegar permainan video kerana tidak dapat menghadiri bagi menyaksikan acara langsung pengumuman penting seperti judul-judul permainan baru dari syarikat-syarikat pembangun permainan popular, perasmian konsol permainan terbaru dan banyak lagi.

Sebelum ini, beberapa acara terbesar dunia berkaitan teknologi telah pun dibatalkan termasuklah MWC 2020, F8, Google I/O 2020 dan GDC 2020.