Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
observatori langkawi

Teleskop Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Komet C/2022 E3 Sebanyak 3 Kali

Diterbitkan Februari 14, 2023 · Dikemas kini Februari 14, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan bahawa sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam sebanyak 3 kali imej komet C/2022 E3 (ZTF).

Imej komet itu berjaya dirakam sekali dalam bulan lalu iaitu pada 23 Januari 2023 dan sebanyak 2 kali dalam bulan iaitu pada 8 dan 11 Februari 2023 lepas.

Komet ZTF

Komet C/2022 E3 (ZTF) telah ditemui oleh ahli astronomi pada 2 Mac 2022 lalu dengan menggunakan Sistem teleskop robotik Samuel Oschin, Balai Cerap Palomar, selatan California.

Magnitud ketara (kecerahan) Komet C/2022 E3 (ZTF) dijangka sekitar 8 hingga 11 dan sukar dicerap dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop atau binokular untuk mencerap komet C/2022 E3 (ZTF) mulai Januari hingga pertengahan April 2023.

Komet ini akan kelihatan di langit timur laut di Malaysia mulai Januari 2023 sebelum subuh dan kenampakannya pada hujung Januari hingga Mac 2023 adalah selepas Matahari terbenam dari arah langit utara dan kenampakannya semakin menghala ke arah langit barat sehingga pertengahan April 2023.

Menurut NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), Komet C/2022 E3 (ZTF) ini mempunyai tempoh orbit kira-kira 50,000 tahun. Bermakna kali terakhir komet ini menghampiri Bumi adalah semasa zaman Paleolitik (peringkat awal Zaman Batu) dahulu.

Komet C/2022 E3 (ZTF) telah pun dikesan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 2 Februari 2023 lepas di mana ketika itu jaraknya dengan Bumi dianggarkan sekitar 0.28 AU atau hanya sejauh 41,887,403 kilometer sahaja.

Berkaitan

  • Pengguna Bank Islam Kini Boleh Muat Turun Aplikasi GO Versi Terbaharu
  • OnePlus 11 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3299
  • Carl Pei Buat 'Review' OnePlus 11, Baru Sedar Kenapa Pengguna Mahu OxygenOS Yang Lama
Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY