Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mark Zuckerberg Mahu Gabung Sistem Permesejan WhatsApp, Facebook & Instagram

Acara Facebook Developer Conference 2020 Dibatalkan

Diterbitkan Februari 28, 2020 oleh ariff bukhari

Satu lagi persidangan utama industri teknologi tahun ini dibatalkan.

Facebook hari ini memaklumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan acara Facebook Developer Conference (F8) pada tahun ini.

Pembatalan acara penting mereka itu tahun ini sudah tentulah berkaitan dengan kebimbangan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini.

“Every year, we look forward to connecting with our global developer community at F8 and sharing our vision for the future that we’re building together. But given the growing concerns around COVID-19, we’ve made the difficult decision to cancel the in-person component of F8 2020.” Facebook.

Sungguhpun jangkitan Covid-19 di dalam negara China sedikit berkurangan berbanding pada peringkat awalnya, tetapi penularan wabak di negara-negara lain di seluruh dunia semakin meningkat.

Ini termasuklah negara Brazil, Denmark, Estonia, Georgia, Greece, Norway, Pakistan, Romania dan North Macedonia yang telah merekodkan kes baru Covid-19 di dalam negara mereka.

Setakat ini, WHO melaporkan sebanyak 82,294 kes Covid-19 telah berlaku hampir di seluruh dunia (setakat 27 Februari 2020).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY