Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Riba Alienware m15 Dan m17 Kini Dengan Reka Bentuk Yang Lebih Moden Dan Lebih Berkuasa

Komputer Riba Alienware m15 Dan m17 Kini Dengan Reka Bentuk Yang Lebih Moden Dan Lebih Berkuasa

Diterbitkan Jun 2, 2019 oleh ariff bukhari

Alienware m15 dan m17 dikemaskini dengan perkakasan dan rekabentuk terkini.

Alienware telah pertontonkan model tebaru komputer riba berprestasi tinggi mereka m15 dan m17 di pameran teknologi Computex 2019. Alienware menyatakan bahawa, model terbaru 2 komputer riba ini bukan sahaja dilengkapi dengan perkakasan terkini dan lebih berkuasa dari model komputer riba seterunya, tetapi juga turut diubah reka bentuknya kepada rekaan yang lebih moden.

Komputer riba Alienware m15 dan m17 dibangunkan khusus untuk peminat tegar permainan komputer. Kini ia hanya seberat kurang daripada 2.1kg (m15) dan 2.6kg (m17) sekaligus memberikan pilihan terbaik bagi pemain yang mahukan komputer mudah alih dengan prestasi tertinggi.

Komputer Riba Alienware m15 Dan m17 Kini Dengan Reka Bentuk Yang Lebih Moden Dan Lebih Berkuasa
Alienware m15 dan m17 kini dengan reka bentuk baru yang lebih nipis, ringan dan moden. Kredit imej: Dell

Kedua-dua model komputer riba ini kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core generasi Ke-9 serta grafik yang dikuasakan oleh NVIDA GeForce RTX.

Ia juga dilengkapi dengan pilihan paparan OLED UHD 3840 x 2160 (hanya bagi model Alienware m15) dan paparan bersaiz 17.3″ FHD 1920×1080, 144Hz (bagi model Alienware m17).

Terdapat 2 warna pilihan menarik yang boleh dipilih iaitu Lunar Light atau Dark Side of the Moon.

Alienware m15 dan m17 2019 ini akan mula berada di pasaran A.S pada 11 Jun ini. Harga jualannya adalah berharga dari USD1,499 bagi m15 dan m17.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY