Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA, klia2 Dijenama Semula Sebagai KLIA Terminal 1 Dan Terminal 2

KLIA, klia2 Dijenama Semula Sebagai KLIA Terminal 1 Dan Terminal 2

Diterbitkan Februari 9, 2023 · Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini mengumumkan Jemaah Menteri telah bersetuju bagi penjenamaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Berkaitan

  • Tiga Projek Mega Akan Diteruskan - Anthony Loke
  • Kerajaan Tidak Bercadang Untuk Tetapkan Harga Siling Tiket Penerbangan, Ini Penjelasan Anthony Loke

Dimaklumkan, penjenamaan itu dilakukan bagi tujuan mencapai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di kedua-dua lapangan terbang tersebut dengan lebih berkesan, di samping memperkukuhkan persaingan dengan lapangan-lapangan terbang antarabangsa serantau.

Ia juga dijangka dapat memberi impak kepada kelestarian komersial KLIA dan pertumbuhan di lapangan-lapangan terbang seluruh negara, yang bakal meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara.

Selain penjenamaan semula KLIA dan klia2, Anthony turut mengumumkan Perjanjian Operasi antara Kerajaan dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam mengoperasi, mengurus dan membangunkan 39 buah Lapangan Terbang dan Padang Terbang ( Short Take off & landing airports-stolports).

Pemeteraian tandatangan perjanjian itu dijangka akan dilakukan pada suku pertama tahun 2023.

Sumber: Ministry of Transport Malaysia

Gambar utama: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
©2026 WISER.MY