Timbalan Menteri Eddin Syazlee Shith berkata kementeriannya bersedia memberi hak atau lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP) kepada syarikat-syarikat yang berminat asalkan mereka mematuhi syarat-syarat tertentu.
Antara syarat itu adalah syarikat perlu ditubuhkan di Malaysia dengan modal berbayar sebanyak RM500,000.
"Cuma perlu dipertimbangkan kerana Astro telah diberi hak 25 tahun berdasarkan kepada pelaburan yang dibuat untuk memajukan teknologi bagi mendapatkan kandungan yang bagus seperti rancangan penyiaran HD yang merupakan antara yang terbaik di Asia Pasifik.
"Untuk syarikat seperti Astro ini perlu tempoh 23 tahun hanya untuk mendapatkan pulangan pelaburan. Ini adalah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat baharu, ini bukan mudah. Faktor ini menjadi kekangan kerana memerlukan modal yang besar," katanya di Dewan Negara hari ini.
-- BERNAMA
Berkaitan
- KKMM Kerjasama Dengan PDRM Tangani Penipuan Melalui Panggilan Telefon, SMS
- Astro Persiapkan Siaran Ultra HD
- JomStudi - Hab Pembelajaran Digital Kerjasama Antara Astro, Digi Dan Media Prima
- KKMM Dalam Proses Cadang Ketersambungan Internet Disenarai Sebagai Kemudahan Utiliti, Seperti Bekalan Air Dan Elektrik
- Astro Family Pack Dan Broadband 30Mbps Boleh Dilanggan Pada Harga RM99 Sebulan
- Astro Tawar Pakej Internet Dan Saluran TV Pada Harga RM99 Untuk Penduduk Di Jasin
- Astro Bakal Hadapi Saingan Daripada Pengendali Televisyen Bersatelit Baru
- Huawei Dan Astro Kerjasama Tawar Pakej Video Merdeka Bundle
- KKMM, Kementerian Kewangan Bincang Laksana Cukai Bagi Perniagaan Dalam Talian
- Penumpang Grab Boleh Pilih Antara 10 Stesen Radio Astro Ketika Menggunakan Perkhidmatan Itu