Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
booster kedua

KKM Membenarkan Warga Emas Mengambil Suntikan ‘Booster’ Kedua

Diterbitkan April 14, 2022 oleh Nadiah Ab

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan beberapa golongan dibenarkan untuk mengambil suntikan dos “booster” kedua.

Pertama, golongan yang berumur 60 tahun ke atas yang dengan komorbid akan dibenarkan mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 kedua.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bahawa ini akan diberikan empat hingga enam bulan selepas suntikan pertama dos penggalak.

Dos penggalak COVID-19 kedua akan ditawarkan kepada individu berisiko tinggi di Malaysia.

Dos penggalak kedua adalah tidak diwajibkan dan status vaksinasi kumpulan individu ini tidak akan terjejas jika mereka tidak mengambil dos penggalak kedua. pic.twitter.com/OY1fNosYqv

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 14, 2022

Beliau juga menyatakan bahawa remaja berisiko tinggi tahap sederhana atau teruk berumur 12 hingga 17 tahun dibenarkan mendapatkan dos penggalak Covid-19.

Tambahnya lagi, pengembara yang perlu memenuhi keperluan vaksinasi negara destinasi mereka juga akan dibenarkan menerima suntikan dos penggalak kedua mereka.

Menurut Khairy, suntikan kedua dos penggalak boleh diambil sekurang-kurangnya sebulan selepas suntikan pertama “booster”.

Dos penggalak COVID-19 akan ditawarkan kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun. Dos penggalak ini adalah pilihan dan tidak wajib. pic.twitter.com/dEwrxWg0Mn

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 14, 2022

Katanya, berdasarkan data saintifik yang ada, vaksin Pfizer telah disyorkan sebagai dos penggalak kedua.

Tegas KKM, suntikan dos penggalak kedua ini tidak wajib dan status vaksinasi tidak akan terjejas jika golongan yang disebut tadi tidak mengambilnya.

Sumber: FMT

Baca juga:

  • Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei
  • MySejahtera: Status Vaksinasi Anda Berisiko ‘Hilang’ Jika Tidak Masukkan Tarikh Lahir
  • Sijil Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Tidak Hilang Cuma Bertukar Kepada Tidak Lengkap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY