Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei

Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei

Diterbitkan April 14, 2022 oleh Firdaus

Disebabkan pengambilan vaksin untuk kanak-kanak yang rendah dikalangan rakyat Malaysia, tiada lagi vaksin percuma untuk kanak-kanak yang akan ditawarkan bermula 16 Mei nanti. Hal ini demikian, vaksin yang tidak digunakan boleh terbuang begitu sahaja dan membazir.

Vaksin yang dimaksudkan adalah Comirnaty (Pfizer-BioNTech) dan CoronaVac (Sinovac) untuk kanak-kanak yang berumur 5 ke 12 tahun.

vaksin covid

Memetik laporan The Star, Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyata vaksin Cominarty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia selepas 15 Mei.

Sementara itu, vaksin Coronavac boleh didapati dengan bayaran di fasiliti kesihatan swasta. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pelaksanaan ini tidak termasuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 kerana tidak mencapai umur 5 tahun pada 15 Mei nanti.

Tambahan lagi, KKM akan membuang klausa 2 yang menyatakan, “Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya kerana manfaat vaksin jauh melebihi kesan sampingan” di dalam borang kebenaran vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun.

Sumber: The Star

Gambar utama: Kosmo

Baca juga:

  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini
  • Bukan Sekadar Manusia, Ikan Pun Turut Dilakukan Saringan Covid-19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY