Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Press Photo_DTCNY23 b

Kingston Perkenal Pemacu Kilat USB Bentuk Arnab, Berharga RM99

Diterbitkan Disember 13, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Setiap tahun, Kingston akan memperkenalkan koleksi New Year USB Flash Drive kepada semua ahli baharu.

Pada tahun baharu yang bakal menjelma, Kingston memperkenalkan produk terkini iaitu 2023 Mini Rabbit USB Flash Drive di Malaysia.

Berkaitan

  • Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi
  • Memperkenalkan, Xiaomi Mini Host - Mac mini Versi Window
  • Spesifikasi Rasmi Galaxy S23 Ultra Didedahkan, Tak Seperti Yang Dihebohkan
  • Sambar FIFA 23 Pada Harga Istimewa Dari Steam Dan Epic Games
  • Redmi Note 12 Pro+ Akan Dilancar Pada Januari Depan

Reka bentuk bagi USB berkenaan adalah dalam bentuk bujur dan disaluti dengan bekas getah. Reka bentuk USB ini yang menyerupai arnab sambil menggigit lobak menambahkan lagi unsur kecomelan ke dalam koleksi peminat.

Mini Rabbit USB terletak kemas di dalam bekas paparannya iaitu berbentuk botol jus dan bahagian ekornya boleh disambungkan untuk menjadi sebuah rantai kunci.

Press Photo_DTCNY23 c

Selain daripada reka bentuk yang comel, ia dilengkapi dengan storan 64GB serta menyokong USB 3.2 Gen 1.

Mini Rabbit USB berjalan 10 kali ganda lebih laju berbanding USB 2.0 untuk memenuhi kehendak pengguna dalam storan digital serta urusan kerja dan sekolah.

USB edisi terhad daripada Kingston mula tersedia dari 8 Disember 2022 dengan harga RM99. Pembelian ini tersedia dengan paket merah Kingston sebagai hadiah percuma.

Pembeli juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Bangkok untuk setiap pembelian Kingston atau Kingston FURY.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh rujuk di laman sesawang rasmi Kingston.

Sumber: Siaran Akhbar Kingston

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY