KidXY- Laman Web Yang Membantu Ibu Bapa Mencari Kelas Pembelajaran Untuk Anak

Menurut AIA Malaysia, ianya boleh menelan kos antara RM400,000 hingga RM1.1 juta untuk membesarkan anak di Malaysia. Tuisyen, kelas berenang, pelajaran muzik, pesta ulang tahun, dan pelbagai lagi. Jadi tidak hairan lah membesarkan anak kecil adalah satu tugas yang mahal terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Kidxy, merupakan sebuah syarikat startup yang berpangkalan di Malaysia, memfokuskan kepada masalah ibu bapa yang mahu mencari kelas dan aktiviti untuk anak mereka. Dengan KidXY, ibu bapa boleh mencari kelas dan program untuk anak mereka pada harga diskaun dengan mudah.



Buat masa ini, laman web ini terhad di kawasan di Lembah Klang. Mereka akan memperbesarkan lagi bisnes mereka ke kawasan lain dengan kerjasama pelbagai syarikat yang menyediakan kelas kanak-kanak.

Dengan antara muka yang mudah digunakan, ibu bapa boleh memilih sama ada membeli tawaran tunggal atau melanggan secara bulanan. Butiran kanak-kanak perlu dimasukkan apabila selasai mendaftar akaun di KidXY. Jadi ibu bapa tidak perlu lagi mendaftar setiap kali melanggan untuk kelas yang lain.

Ia juga menawarkan fleksibiliti untuk ibu bapa untuk menukar atau membatalkan aktiviti dalam masa 24 jam - tanpa sebarang penalti.

Sumber: Business Insider Malaysia