Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Khas Buat Pengguna Redmi Note 3 Dan Redmi Note 4, Tetapan Kamera Untuk Hasil Gambar Yang Terbaik

Khas Buat Pengguna Redmi Note 3 Dan Redmi Note 4, Tetapan Kamera Untuk Hasil Gambar Yang Terbaik

Diterbitkan Julai 7, 2017 · Dikemas kini Julai 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Redmi Note 3 dan Redmi Note 4 merupakan dua buah model yang dilihat mendapat sambutan hangat dalam pasaran tempatan.

Dijual pada harga mampu milik, tetapi ia hadir dengan spesifikasi yang boleh dikira tinggi bagi kelas pertengahan.

Walaupun begitu, terdapat satu kelemahan bagi kedua-dua model berkenaan, kamera.

Ya, kamera bagi telefon tersebut agak kurang memuaskan lebih-lebih lagi pada keadaan kurang pencahayaan (low-light).

Tetapi secara keseluruhan, Redmi Note 3 dan 4 sangat memuaskan di dalam kelasnya dan paling dibanggakan pengguna model ini adalah; “kami tak risau bateri habis!!”.

Ok sebelum menyimpang lebih jauh, mari kita lihat tetapan kamera yang boleh menjadikan gambar yang dihasilkan lebih baik.

  • Buka aplikasi kamera, tekan Modes, tekan ikon Settings.
  • Jika anda gunakan kad mikro SD, pilih “Save to SD Card“. (elakkan storan dalaman anda penuh)
  • Hidupkan Show Gridlines untuk bantu anda menentukan kedudukan objek ketika mengambil gambar.
  • Tetapkan Picture Quality kepada High
  • Tetapkan Camera Frame kepada 4:3, ia memberi resolusi yang maksimum kepada foto.
  • Tetapkan Auto Exposure Settings kepada Frame Average.
  • Tetapkan Sharpness kepada Lower atau Lowest.
  • Biarkan Contrast and Saturation pada tetapan Normal.

Untuk tetapan video pula tekan video->Modes->Settings

  • Tetapkan kualiti video kepada Full HD (kalau nak pakai fungsi slow motion sila guna HD)
  • Tetapkan Focus Mode kepada CAF (Continuous Auto Focus). Ia akan sentiasa fokus kepada subjek ketika rakaman video dibuat. Tak perlu “tap” pada skrin lagi.

Ok selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan gambar diruangan komen.

Follow dan Like kami di Facebook Wiser.my

Sumber: Xiaomi Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY