Hal ini disebabkan oleh tersebarnya satu khabar angin yang mengatakan bahawa Redmi Pro 2 telah dibatalkan oleh Xiaomi dan ia akan digantikan dengan telefon yang dikenali sebagai Xiaomi X1.
Tambahan lagi, syarikat itu dilihat mahu memperkenal siri baru menerusi siri X, dan Xiaomi X1 adalah peranti pertama.
Memetik laporan dari laman GizmoChina, khabar angin yang tersebar dari China itu menyatakan akan ada dua variasi telefon iaitu
- bezel nipis
- panel normal.
Untuk variasi pertama ia hadir dengan
- paparan Pegasus berukuran 5.5 inci
- Rekaan skrin penuh dengan resolusi 2160 x 1080
- Snapdragon 660
- Sistem dwi kamera IMX362 atau IMX386
- Pengimbas cap jari dibahagian belakang
- Bicu audio 3.5mm
Harga variasi pertama:
- Model Standard
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB
- Harga dalam lingkungan 1999 yuan (RM1270) - 2299 yuan (RM 1450)
- Model Kelas Atas
- RAM 6GB
- Storan dalaman 128GB
- Harga dalam lingkungan 2499 yuan (RM 1580) - 2799 yuan (RM1770)
Bagi variasi kedua pula, dijangkakan ia tampil dengan
- skrin biasa dan resolusi skrin tidak diberitahu tetapi dipercayai mempunyai sokongan Full HD.
- Snapdragon 660
- Pengimbas cap jari dibahagian hadapan
- Bicu audio 3.5mm
Harga variasi kedua adalah;
- Model standard
- RAM 6GB
- Storan dalaman 64GB
- Harga dalam lingkungan 2299 yuan (RM 1450)
- Model kelas atas
- RAM 6GB
- Storan dalaman 128GB
- Harga dalam lingkungan 2799 yuan (RM1770)
Jadi mengapa Redmi Pro 2 dibatalkan?
Sumber yang itu mendakwa bahawa syarikat mengambil langkah tersebut disebabkan oleh model Redmi Pro yang kurang mendapat sambutan.
Turut diberitahu, Xiaomi X1 akan mula dilancar bulan ini disamping model Mi 6 Plus dan akan beroperasi menggunakan MIUI 9.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Samsung Bakal Mempamerkan Projek Realiti Maya Dan Realiti Tambahan Pada MWC Bulan Ini
- Vivo X50 Pro+, X50 Pro Dan X50 Diumumkan, Dilengkapi Kamera Gimbal
- Xiaomi Pintas Huawei, Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-3 Terbesar Di Dunia Untuk Februari
- Dapatkan Dua Buah OPPO Reno2 Pada Harga RM93 Dari Pelan Maxis
- Realme X2 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM2399
- Spotify Adakan Promosi Pelan Premium Serendah RM2 Untuk Langganan Kali Pertama
- Xiaomi Mi 9 Akan Dirasmikan Untuk Pasaran Tempatan Rabu Ini
- HONOR 9X Dan HONOR 9X Pro Rasmi Diperkenalkan Dengan Cip Kirin 810 Dan Bateri 4000mAh
- Aplikasi Maybank2U Dikemaskini Dengan Ciri FaceID Dan VoiceID
- Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?