Setelah sekian lama menyepi, mereka muncul pada acara MWC 2017 bulan lalu dan turut melancarkan 3 buah telefon baru.
Nokia 3, Nokia 5 dan juga telefon yang diberi nafas baru, Nokia 3310 sudah pun dipasarkan, tetapi kini mula timbul khabar angin bahawa syarikat itu bakal menghasilkan telefon flagship.
Sebelum ini kedengaran desas-desus sebuah telefon dengan label Nokia P1 bakal dikeluarkan.
Dipercayai model flagship tersebut akan menggunakan nama Nokia 8 dan ini menampakkan kesungguhan syarikat berpengkalan dari Finland itu untuk bersaing dengan nama-nama besar lain seperti Samsung, Apple, Sony dan banyak lagi.
Selain itu, turut dikhabarkan peranti ini akan dilengkapi dengan cip pemproses terbaru dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 835.
Sesuai dengan gelaran flagship sudah tentu RAM yang digunakan sekurang-kurangnya 4GB ataupun 6GB.
Ia mungkin hadir dengan sokonga VR, dan kamera utama 23 Megapiksel serta rekaan luaran telefon yang diperbuat daripada besi.
Ura-ura turut menyatakan bahawa peranti flagship Nokia dipasarkan dalam lingkungan ~RM 2500.
Mari sama-sama kita nantikan sama ada khabar angin ini menjadi realiti atau berlalu sepi.
Sumber: Pricepony
Berkaitan
- Vivo NEX 3 Rasmi Diumumkan Di Malaysia, Peranti Paparan "Air Terjun" Berharga RM3899
- Khabar Angin Menyatakan Mungkin Tiada Pengeluaran Razer Phone 3
- Khabar Terbaru, iPhone 9 Mungkin Diperkenalkan 15 April Ini
- TV LG NanoCell Dapat Potongan Harga RM7000 Sempena Shopee 8.8
- Kemaskini Windows 10 October 2018 Bermasalah Lagi
- #MWC2019 - MicroSD Express Diumum Dengan Kelajuan Membaca 985MB Per Saat
- Potongan Harga Sebanyak RM100 Diberikan Kepada Nokia 3 Dan Nokia 5
- Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama
- Senarai Kandungan Baru Netflix Yang Akan Ditawarkan Disember 2018 Ini
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB