Ketua Pertukaran Bitcoin Mt Gox Didakwa Selepas Disyaki Terlibat Dengan Penggelapan Wang Dan Kerugian Sebanyak Jutaan Dolar

Mark Karpeles mungkin berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun selepas pihak berkuasa Jepun mendakwanya dalam kes bankrap yang melibatkan kerugian lebih RM 120 Juta dan 850,000 bitcoins.

Mark yang berusia 32 tahun itu mengaku tidak bersalah keatas semua tuduhan yang dilemparkan selepas syarikatnya merupakan salah satu organisasi terbesar di dunia dalam urusan pertukaran bitcoins dan beribu pejabat di Jepun.

Mt Gox telah memproses sebanyak 80% perdagangan bitcoins global sebelum ditutup dan diisytiharkan bankrap pada Febuari 2014.

Syarikat itu telah menyalahkan penggodam bagi kes kehilangan bitcoin yang memanfaatkan kelemahan keselamatan sistem perisian mereka.

Mangsa yang terkesan daripada kegagalan Mt. Gox berharap kes ini dapat diselesaikan dan cerita sebenar mengenai pelaburan mereka dapat diketahui.

Kejadian ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada mata wang bitcoins di seluruh dunia selepas nilai mata wang digital itu meningkat naik berkali ganda untuk tahun ini sahaja.

Sumber

 

Berkaitan