Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

Diterbitkan Ogos 19, 2018 · Dikemas kini Ogos 19, 2018 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini khusus kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk memasang penjejak lokasi GPS pada kenderaan. Memang banyak kedai yang menwarkan perkhidmatan tersebut, namun apa yang menjadi masalah utama adalah harganya yang sangat mahal sehinggakan ada yang mencecah ribuan ringgit.

Berikut kami kongsikan salah satu alat pengesan GPS yang berharga ekonomi yang boleh anda dapatkan secara atas talian. Bukan sahaja murah, malah ianya mudah digunakan dan mesra pengguna. Untuk makluman anda, artikel ini bukan bertujuan untuk pengiklanan apa – apa produk, hanya sekadar perkongsian.

Kepada yang berminat untuk mencuba, boleh sahaja membuat carian dngan nama Tkstar GPS tracker pada mana – mana laman kedai atas talian seperti lazada, Ali express dan lain – lain.

Berikut adalah peranti yang anda akan dapati. Ianya adalah satu peranti penjejak GPS yang sangat berkesan, tahan lasak dan kalis air.

Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

 

Apa yang menarik, ianya sudah dilengkapi dengan bateri yang boleh diulang caj. Dan bateri tersebut boleh bertahan lebih daripada dua bulan selepas dicaj penuh.

Peranti ini juga dilengkapi dengan magnet yang kuat, dimana anda boleh melekatkannya pada mana – mana bahagian besi pada kenderaan anda.

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah, iaitu dengan hanya berbekalkan simkad yang aktif dan ia memrlukan sedikit “topup” bagi bertujuan penghnataran SMS. Yang mana lokasi terkini akan dihantar terus kepda telefon anda dalam bentuk SMS yang mengandungi pautan lokasi Google Maps. Kami syorkan anda menggunakan simkad yang tiada tempoh luput seperti Onexox dan sebagainya.

Selain menggunakan SMS, ianya juga boleh dikesan secara langsung menggunakan aplikasi yang disediakan khusus untuk peranti ini.

Untuk maklumat tutorial yang lebih lanjut, boleh sahaja rujuk video berikut.

 

Kredit video : Mr Tang

Sangat menarik bukan? Berdasarkan carian yang kami buat, harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM160 – RM225 untuk satu unit peranti.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray
  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
©2026 WISER.MY