Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
antibuli siber

Kertas Kabinet Undang-Undang Antibuli Siber Sedang Disiapkan – KKMM

Diterbitkan Mac 8, 2021 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kini sedang menyiapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun Malaysia mempunyai undang-undang lain berkaitan keselamatan siber, namun negara belum mempunyai undang-undang khusus bagi menangani isu buli siber.

Tambahnya, kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Multimedia (MMU) menunjukkan kira-kira 85% responden menyatakan bahawa perlunya satu undang-undang khusus bagi membendung kes-kes antibuli siber.

Berikutan definisi kesalahan jenayah buli siber yang masih belum ditetapkan, satu draf juga perlu disiapkan untuk tujuan itu. Terutamanya, apabila terdapat sebilangan besar yang tidak tahu di mana untuk melaporkan kejadian buli siber.

Dalam pada itu, beliau mengatakan negara jiran seperti Singapura dan Filipina telah pun menguatkuasakan undang-undang antibuli siber.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY